Shane Long meledak gol kemenangan pada masa kecederaan bagi membantu Southampton mengecewakan Liverpool 1-0 pada aksi separuh akhir kedua di Anfield sekali gus mara ke final Piala Liga dengan agregat 2-0.

Liverpool kecundang di tangan Southampton pada minit-minit akhir meskipun menguasai sebahagian besar permainan, namun pelawat begitu kemas bertahan dan berjaya meraih gol kemenangan ketika permainan hampir ditamatkan.

The Reds memiliki beberapa deretan peluang pada separuh masa pertama dan Dusan Tadic dan Steven Davis juga gagal menyudahkan peluang buat pelawat. Aksi selepas rehat menyaksikan Daniel Sturridge mensia-siakan dua peluang keemasan untuk Liverpool. Ketika perlawanan hampir berkesudahan dengan tanpa jaringan, Liverpool berasakan mereka seharusnya dihadiahkan sepakan penalti apabila Divock Origi dilihat dijatuhkan di dalam kotak penalti.

Namun gerakan serangan balas pantas Southampton berjaya disudahkan pemain simpanan, Long untuk menewaskan penjaga gawang tuan rumah, Loris Karius. Southampton yang meraih berjuta-juta pound selepas menjual beberapa pemain terbaik mereka kepada Liverpool dalam beberapa musim kebelakangan ini akan bertemu Manchester United ataupun Hull City pada aksi final.

United bakal beraksi di perlawanan separuh akhir kedua dengan bekalan selesa 2-0 hasil kemenangan perlawanan pusingan pertama dan akan bertandang ke tempat lawan.

Register here: my88bet.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s