Suarez berang jaringan Barca tak dikira

Penyerang Barcelona, Luis Suarez merungut terhadap kegagalan pegawai perlawanan mengesahkan ‘gol hantu’ penuh kontroversi ketika bertemu Real Betis, semalam dengan mendakwa bola sudah melepasi garisan gol sebanyak satu meter.

Penyerang Uruguay itu meledak jaringan pada minit ke-90 untuk memadam gol pembukaan Alex Alegria sekali gus membolehkan Barcelona mengutip satu mata ketika gergasi Catalan itu sepatutnya boleh meraih mata penuh.

Jordi Alba menyangka dia sudah mengikat kedudukan pada minit ke-75 dan walaupun bola sudah melepasi garisan gol, namun pegawai perlawanan tidak mengesahkan jaringan terbabit sebaliknya menyatakan pertahanan Betis, Aissa Mandi mengeluarkan bola tepat pada masanya. Ketika ditemui selepas perlawanan, Suarez enggan menyalahkan pengadil perlawanan, Alejandro Jose Hernandez Hernandez namun mengakui mereka kian sukar untuk mengejar Real Madrid yang kini mendahului liga.

“Bola sudah pun melepasi garisan gol sebanyak satu meter tetapi pegawai perlawanan juga boleh melakukan kesilapan. Jika dilihat berdasarkan gambar ia adalah jaringan yang sah,” kata Suarez. “Kami sepatutnya memenangi perlawanan ini. Tetapi inilah bola sepak kerana mereka juga mampu menamatkan perlawanan ketika mendahului 1-0 saja.

“Kami membuktikan bahawa kami mahu terus berada di kedudukan teratas namun gagal melakukannya. Kami tidak memberi kredit kepada pasukan lawan kerana kami perlu menilai kembali persembahan kami. “Kami perlu meraih kemenangan tetapi kami tetap perlu mengharapkan pasukan lain untuk tewas. Jadi ia satu perkara yang begitu sukar.”

Register My88bet here

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s