Stadium kosong beri kelebihan MU berdepan Perak

Melaka United (MU) seharusnya mengambil peluang meraih mata penuh ketika beraksi tanpa penyokong Bos Gaurus apabila berdepan Perak di Ipoh, Sabtu ini. Pengurus pasukan MU, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, bermain di gelanggang lawan yang kosong memberi ruang kepada skuad anak buah Eric Williams untuk menjelmakan sentuhan terbaik kerana tuan rumah turun tanpa sorakan penyokong mereka.

Katanya, keputusan rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang memutuskan perlawanan antara MU dan Perak dijalankan tanpa penyokong kecuali pegawai, jelas dilihat memberi sedikit kelebihan untuk MU beraksi dengan selesa. “Walaupun kami juga tidak dapat membawa penyokong sendiri akibat keputusan berkenaan, ia diakui membuka peluang bermain tanpa tekanan peminat, terutama penyokong fanatik Perak.

“Berikutan itu, pemain Hang Tuah harus mengambil kesempatan ini untuk mengatasi lawan selepas sekadar terikat 1-1 ketika berdepan Selangor di Selayang, minggu lalu,” katanya. Hukuman bermain di gelanggang sendiri kosong dikenakkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akibat kekecohan penyokong Bos Gaurus pada salah satu saingan Liga Super di Ipoh, musim lalu.

Bagaimanapun, hukuman itu dikurangkan FAM kepada dua perlawanan, berkuat kuasa ketika berdepan MU dan pusingan kedua Piala FA antara Perak dan PB Melayu Malaysia atau Syarikat Air Melaka (SAMB) pada 15 Februari ini. Namun Mohd Yusoff mengingatkan walaupun beraksi tanpa sorakan penyokong, bukan bermakna Perak lawan mudah untuk dijinakkan, lebih-lebih lagi selepas kejayaan menewaskan Pulau Pinang pada aksi Liga Super minggu lalu.

Justeru, dia mahu skuad Hang Tuah beraksi dengan penuh komitmen dan mengekalkan rentak positif, sekali gus membawa pulang tiga mata dari Stadium Perak di Ipoh.

Selanjutnya di : my88bet.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s