Man. United tekad rebut semua trofi

My88bet – Henrikh Mkhitaryan menegaskan bahawa Manchester United akan menghadapi semua empat perlawanan yang mereka sertai dengan serius walaupun bergelut dengan jadual padat.

Skuad bimbingan Jose Mou­rinho adalah satu-satunya kelab England yang masih terus beraksi dalam kejohanan Liga Perdana Inggeris, Liga Europa, Piala FA dan Piala Liga yang bakal me­nyaksikan Wembley sebagai ve­nue akhir menentang Southampton pada bulan depan.

Mkhitaryan berkata, walaupun berdepan jadual yang amat padat namun United mahu memastikan kesemua kempen mereka ber­akhir dengan kecemerlangan.

“Kami akan mengambil semua perlawanan dengan serius. Bagi Manchester United semua perlawanan amat penting.

“Trofi tetap trofi dan tidak kira sama ada Piala Liga, Piala FA atau Liga Europa, kami tetap mahu melakukan yang terbaik untuk memenangi kesemuanya,” kata Mkhitaryan.

United akan berdepan Hull City dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford dan Mourinho sekali lagi mungkin melakukan perubahan ke atas kesebelasan utamanya.

United meraih kemenangan ke atas Wigan dalam pertandingan Piala FA selepas membuat sembilan pertukaran.

Sementara itu, Mkhitaryan percaya persaingan dalam me­rebut tempat dalam kalangan pemain adalah sesuatu yang sihat sekali gus mampu memberikan peluang kepada pemain muda untuk mempamerkan kualiti mereka. Register here: https://goo.gl/5tUyGY

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: